Wednesday, August 26, 2009

Tom Petty

Semalam Bos belanja berbuka puasa di Lake Club, bersama ikut merai si clerk dan chambie.
Merai aku yang esoknya akan secara rasminya quit.
Borak punya borak pukul 10 lebih baru ingat nak balik.
First time aku tengok Bos aku dari sudut "manusia'. Heheh.

Hari ni hari terakhir bekerja di CK.
Sempat juga siapkan Rekod Rayuan (untuk difotostat kendian) termasuk Memorandum + Kronologi nya sekali, dan sementara tunggu print bilik aku dah siap kemas. 4 Plastik bag sampah siap diikat. Mak aiih banyak gak sampah aku buat.
Ni cuma nak cerita betapa diperahnya dedikasinya aku, last day pun banyak kerja.

Dalam pukul 2, aku get ready dengan muka sepuluh sen nak minta gaji, tapi Bos suruh buat Saman + Soc. Bekejar jugalah nak membuatnya, faham-fahamlahkan nak balik awal. Tapi tengah selak-selak BQ, invoice, contract terms, rasa sayu. Rasanya takkan lupa saman terakhir aku buat kat firm ni. Lawan Ranhill pulak tu. Haha memang tak boleh lupa

Aish. Tempat jatuh lagi dikenang...

Firm aku ni kecik je.
Tapi Bos aku ni aku ibaratkan dia sebagai The Malaysia Duncan Wallace.
Taiko construction law kat Uk nun. Banyak yang dia ajar aku. Banyak yang aku belajar dari dia.
Aku akan practice kembali, tapi untuk balik ke firm asal... macam mustahil je?

Anyway.
Tepat pukul 5 aku balik.
Masa tu BFm tengah mainkan lagu Tom Petty "Don't come Around Here No More".
Aku gelak sorang diri. Boleh bayangkan Bos nyanyi. Afterall, ni kali kedua aku tinggalkan dorang.
Sayu ada sikit, tak boleh tipu.

10 comments:

mr k 26 August 2009 at 21:41:00 GMT+8  

something better will come to u later insyaAllah.. :')

excited sgt sebenarnya syg nk dtg. :P

~salwaredzuan~ 26 August 2009 at 22:17:00 GMT+8  

jgn laa saman ranhill..consultant kitorg tu..tp nk ikut kan ati..mmg aku je yg nak saman ranhill..sengal!! nama aje consultant tapi *&*^^$ hahahah.. lps ni aku nk jd loyer construction yg terhebat!!! hahahahah *masih lagi menuntut*

mahkamah, tunggu aku..insyaallah aku jua akan kembali

amicus curiae 26 August 2009 at 22:56:00 GMT+8  

ameen :)

emon jum kita buka firm construction sama2 nanti bila kita dh besa n kaya n pandai? :P

lucid Interval 27 August 2009 at 00:15:00 GMT+8  

Faham2...
tempat jatuh pun dikenang apatah lagi tempat memerah keringat empat kerat

Menyampah2 nak pergi kerja pun, sayu juga hati bila nak blah...
bosan2 pun sedih juga bile terfikirkan there'd be somebody you won't be able to see on daily basis after this...

uhuk2....
but life goes on kan...

AALAA' 27 August 2009 at 09:34:00 GMT+8  

leganya baca "aku akan practice kembali, "

have a pleasant holiday & honeymoon!!

heee :)

amicus curiae 27 August 2009 at 09:52:00 GMT+8  

lucid, i thought happiness overwhelmed me, but still a pinch of regret is still there

jay, tulah dengan tidak disangka-sangka.lepas ni aku duduk merantau macam mawar juga :D

alak, lega ke...nanti aku harass kau bila aku balik practice baru kau tau. :) thank you alakun..

uswah 28 August 2009 at 10:10:00 GMT+8  

wah besnye perasaan melepaskan semua beban keje!!! selamat berlayar kak af.. atau berterbang..

HiDa 2 September 2009 at 12:45:00 GMT+8  

All the best Affie. Im sure you won't miss out so much in one year that u'll be gone.

Olive Tree Guitar Ensemble 3 September 2009 at 11:47:00 GMT+8  

Hi, it's a great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!

Post a Comment

Say something worth your salt

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP