Trichy
Dah lima hari aku berada di Negara Ghandi.
Baru hari ni boleh update, keadaan jadi surirumah (ehem!) lebih sibuk dari bekerja.
Masa kerja dulu ada saja masa untuk update facebook blog sini sana.
Tapi hari ni aku wajibkan diri meng-update blog, sebab selain mak aku, yang lain aku tak sempat nak hubungi untuk beritahu keadaan aku di sini.
Alhamdulillah, kami sihat :)
29 Ogos
Aku tiba di Airport Thiruchirapalli, tengahari Sabtu, dalam satu queue yang sangat panjang.
Khabarnya wabak H1n1 baru sampai di India, dan semua yang datang dari luar diwajibkan diambil suhu badan, dan sesiapa yang suhu badannya tinggi akan terus diasingkan. Nampaknya pihak berwajib India mengambil langkah berjaga-jaga, tapi bukan nak buat perbandingan, sebab di India penduduk asalnya saja dah mencecah 1 billion, dan setiap saat ada seorang atau dua bayi lahir.
Sempat juga aku berbual dengan seorang penuntut falsafah keagamaan Hindu yang fasih berbahasa Melayu, rupanya macam Gregory House versi India. Katanya India ni macam Malaysia 50 years rewinded. Tapi realitinya teknologi India jauh lebih maju dari negara kita, mereka ada teknolgi nuklear sendiri (bukan cilok Rusia eh!).
Agak remeh juga urusan di airport Trichy (nama timangan/lain, sesuatu yang biasa di Tamil Nadu disebabkan nama asal panjang berjela nak sebut, kan Nik?) tapi dari jauh aku dah nampak kelibat suami dengan baju biru belang (senang aku nak cam katanya) hati jadi tenang.
Oleh kerana perjalanan seterusnya pada pagi keesokannya, kami terpaksa bermalam di hotel Trichy. Kami bermalam di hotel Railway Station. Ada cerita disebalik hotel ni.
Ceritanya Mr K yang tiba semalam awal untuk mejemput aku, booking hotel dah dibuat di hotel lain, tapi bila nak diambil kunci bilik, booking dicancel macam tu saja, terpaksalah Mr K cari hotel lain. Semua penuh.
Dalam kepenatan dan jam pukul 12 malam, Mr K hampir putus asa dan pulang ke Railway Station, berniat untuk tidur di siar kaki lima stesen keretapi, tapi nasib baik ada bilik kosong. Jauh lebih murah pulak (Rs 500) tu dari hotel lain (Rs 1400+) [lebih kurang RM 50, RM 140+)
Lepas meletakkan beg di bilik hotel Railway, kami berdua turun untuk bersiar-siar di pekan Trichy. Daerah di Tamil Nadu, yang kedudukannya paling selatan India, adalah tersangat panas. Tak jadi kami untuk berjalan kaki, sebenarnya aku yang excited untuk naik Auto (singkatan kepada Autotrickshaw) untuk keliling pekan dalam Rs 150.
muka aku yang excited dapat naik Auto
sebenarnya sangat horror- bayangkan teksi yang merempit
Rock Fort Temple -atas bukit nun
sebenarnya sangat horror- bayangkan teksi yang merempit
Rock Fort Temple -atas bukit nun
Lourdes Church sementara membeli buah di Chinnar Bazaar
Tarikan di pekan Trichy, as you can see from above, adalah Rock fort Temple, yang dibina tinggi dan diukir tinggi 83m diatas gunung batu oleh Kaum Pallaves. Kami tidak masuk ke kuil tersebut kerana menghormati bulan Ramadhan. Untuk berbuka puasa, kami singgah di gerai buah (buah delima oh!) dan kedai arab untuk membeli shawrma kambing dan ayam tikka.
Dalam pukul 3 pagi kami bangun untuk bersiap-siap untuk perjalanan keretapi ke Mangalore (Mangaluru) yang mengambil masa 18 jam. Tiket second class AC sleeper. Hehe nak explain susah, tengok jelah gambar ye.Tarikan di pekan Trichy, as you can see from above, adalah Rock fort Temple, yang dibina tinggi dan diukir tinggi 83m diatas gunung batu oleh Kaum Pallaves. Kami tidak masuk ke kuil tersebut kerana menghormati bulan Ramadhan. Untuk berbuka puasa, kami singgah di gerai buah (buah delima oh!) dan kedai arab untuk membeli shawrma kambing dan ayam tikka.
Rasanya satu coach ni ada 6 deck, yang setiap satunya ada 6 berths. Nasib kami baik sebab tak ramai penumpang, jadi boleh berpindah tempat sesuka hati.
berth tepi tingkap yang lebih privasi (sebab ada tirai sendiri) tapi sangat sempit
korang ingat apa?
tandas rupanya.
Oleh kerana coach kami second class, takdela sangat orang berjual beli. Jadi masa nak berbuka puasa, terpaksalah kami makan buah delima dengan serunding daging yang dibekalkan oleh Mak.Apa kami buat dalam train 18 jam? Apa lagi...catch up sleep, dan khatamkam PSP game (cis bukannya khatam Quran). Kadang-kadang boring sangat, kami melepak di tepi pintu keretapi. Agak gayat, terutama sekali bila bergayut tepi rail untuk menangkap gambar.
korang ingat apa?
tandas rupanya.
Alhamdulillah! serunding terbaik dan buah delima yang paling merah manis isinya! Bila keretapi berhenti, Mr K turun dan beli chapati dengan kari telur. Sangat sedap ok. Sampai boleh menangis! haha. Lapar punya pasal.
Kami tiba di Mangalore kurang 15 ke tengah malam. Untuk ke Manipal,kami menaiki teksi yang perjalanannya memakan masa 1 jam lebih. Agak menggerunkan sebab jalanraya di sini tiada lampu dan semua pemandu memasang lampu high-beam, dalam keadaan hujan ribut. Alhamdulillah kami tiba dengan tiada insiden.
31 Ogos - 3 September
Sejak tiba kami sibuk membeli-belah menyiapkan perkakas rumah, dan cuaca di Manipal berbeza dengan Trichy yang terik. Di sini masih musim hujan. Hujan lebat yang tiada guruh petir.
Malam ini kami akan bertolak ke Mysore, untuk advencer kami ke Selatan India selama 14 hari.
:) Doa kan ye?
19 comments:
"keadaan jadi surirumah (ehem!) lebih sibuk dari bekerja" i likeeee!;p
pening tak 18 jam dlm train? kena buat ICE la kat sana hihihi
enjoy ur adventure!
Afzan.................
tak sempat pn jumpa.............isk
take care,dear!have fun there.bestnya dapat jalan2 tgk negara India!:)
mencabar sungguh perjalanan...mcm amazing race plk. naik train smpai 18 jam tu yg tak tahan, tp best sbb dpt spend dgn yr love one kan,,hehe
anyway af, take care di bumi india..;)
Waahh... Seronok baca! Sampai skang aku trasa nak naik kretapi jugak! hahaa.. Keep on writing ya.
Yay, Afazan update blog!!!
Bapak la train travel 18 jam!!!
Kalau aku konfem dah muntah2 sepanjang jalan!
wah celonoknyer jalan2 makan angin...
enjoy2 jgn lupa aku tau.
Walaupun kerjaya baru kau sebagai suri rumah sangat mencabar, tapi jangan lupa update blog okay, aku sentiasa menunggu khabar beritamu tanpa jemu.
Chewah!!! ^_^
happy!!!
tapi nape syg letak gambar abg buruk..haha
selamat datang syg! ^_^
akak, I want to get married and go to India toooo.... :)
have fun with abg k and take care ye!
semuanya selamat?
*speechless baca entry ni:)))
take care affie!!!
wah finally ko dah sampai india! aku cari la airport trichy dgn rumah ko kt manipal tu kt google map. mak aiii!!! jauh giler! mesti lenguh duk dlm train lama. enjoy ur life in india ok!! enjoy jd surirumah. best kn?? :D
ye, namanya mmg panjang tp aku suke menyebutnya "thirucirapalli".. hahaha.. alhamdulillah.. da selamat smpi... nnt ko tunggu kitorg dtg lak... aku pun da kempunan na naik auto...
wah wah!! sudah sampai!! apesal kalau dr gambar yg akak amek, india nampak lawo + bes je! hahaha.. eh kite tak faham sbenanye.. rumah akak cam jauh gile dari epot sampai kene naik tren bagai ke??
Affie, I miss you already..
So happy tgk kau dh selamat smpi. Enjoy ur life there.
Seperti kata Nik, aku pun nk dtg gak next year.. Eee tak sabar nye. Tapi kena makan ubat muntah la dulu...sbb tak thn naik tren lama sgt... unless ada lelaki Hindustan yng hot atas tren ;)
Btw, nanti update blog slalu n cepat2 letak gamba umah nnt okies.
wani well..u're heading to Otago yourself, make it worthwhile ;)
zaza speechless! haha sejak bila zaza pandai jadi speechless haha
asni thank you gorgie...af doakan asni+asib+baby sihat sejahtera
areej jauh kan...pas ni kau google lagi, aku hari ni dah kat Coimbatore tamil Nadu, nak ke Kerala :P memang kene chenta sama itu train manyak2 wo
nik nik,sampai skrg pun aku tak pas lagi sebut..sebab tu ada shortform.Auto ni sebenarnya motor scooter yang diletakkan kotak.Seram weiii
uswah airport terdekat pun 2 jam naik keta,itu pun bukan direct flight from kl.international airport takes 12 hours of bus non stop, baik naik train..hehe India mmg colourful :)
hida thanks hida...alhamdulillah setakat ni aku tak CB lagi..minum bottled water n tgk2 kedai jugak..naik tren tak pening :P
bestnyeee kite tak penah naik train!!! hahaha ok pasni puan suri rumah sile update setiap destinasi yg baru ok :)
afzannnnnnnnnnnnnnnn xsempat jumpa andaaaaa :)
18jam dlm train tak rasa apa kots..sb ade mr.K kan? :P
bestnye jadi surirumahhhhhhhhhhhhhh
nak jugaksss.
p/s: jgn homesick ok! take care tau
auto tu yang rajnikanh slalu drive kalo nak kejar penjahat tu kan. aku pun mauuuu
afzan. tengs sebab call dari india sebab nak melayan keserabutan aku. cayang ko! (geli tak)
Great thoughts you got there, believe I may possibly try just some of it throughout my daily life.
Hotel Reservation in Trichy
Post a Comment