Thursday, August 13, 2009

tengok teater


Semalam aku dan rakan2 tengok teater di DBP "Projek Koken: Kompilasi Teater Vol 2".

Sempet heret Yah dari spital (dia yang minat teater walaupun terhuyong hayang menahan keletihan.) Overall aku rasa OK walaupun sakit pinggang aku sebab tempat duduk aku tu takde penahan belakang.

Teater kali ni ada 2 cerita; Legasi dan Naturalisasi.

Legasi ni mengisahkan seorang pejuang KMM Cikgu Baha (ke Bakar? berkata aku yang pekak lagi rabun) yang hidup dan matinya dalam paksi perjuangan KMM. Akhirnya sampai ditinggalkannya isteri dan kawan-kawan, dan terus hidup dalam igauan 'perjuangan memerlukan pengorbanan'.
Korang tak tau KMM tu, sila google ye. NI zaman-zaman sebelum merdeka.

Aku tak terkesan sangat dengan kisah Cikgu Baha ni, sebabnya mungkin hati aku kering sikit, nak balance life dengan perjuangan, cita-cita dan cinta, jadi pendirian Cikgu Baha bagi aku agak asing. Walaupun aku setuju pejuangan tak memerlukan pengiktirafan, tapi aku rasa ianya perlu diletak diatas kondisi masyarakat sezaman.

Cerita kedua naturalisasi ni..aku rasa ada sedikit unsur sarcasm, sebab bila tengok nama dan watak dan cerita macam pernah ku dengar real life. Terlalu dekat persamaannya untuk dijadikan unsur metafora. Kisahnya dengan Razman peguam kepada seorang tokoh politik terkenal, yang berkawan rapat dengan seorang activist, Rahmat. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri dan perkaitan rapat antara perasaan. Sama juga Nurul, gadis liar yang mengandungkan anak luar nikah Razman.

Kenapa tajuknya Naturalisasi? Simple, sebab semua watak sebenarnya ingin kembali ke "natural state". Razman ingin kembali kepada sexual orientation yang betul dengan hidup barunya dengan Nurul, Nurul ingin kembali kepada hidup yang stable, Rahmat ingin kembali seperti mana sebelum dia melarikan diri ke luar negara, dan kembali kepada hubungan dengan Razman, dan Tan Sri yang tiba-tiba ingin kembali kepada hidupnya sebelum politik. Dan HIV positif memberi mereka berempat peluang untuk "kembali"

Poinnye disini, boleh nampak macamana politik boleh menjahanamkan hidup orang yang tak terlibat pun, contohnya Nurul. Puspa kata Nurul ni dianggap metafora "rakyat".
Kelakar pulak rasa orbit cerita ni seorang peguam. Pentingnya peguam ye..
Tapi tak puas hati, apesal kena gayyyy

Dah aku dah bagi spoiler.Heh kena sambung buat kerja.

8 comments:

mr K 13 August 2009 at 11:44:00 GMT+8  

hahaha...gay rupenye. baru faham ayat "kembali kpd hubungan dgn razman" haha

OrangGilak 13 August 2009 at 11:49:00 GMT+8  

bukan aku kata, ayam kata. tapi nurul tu hot, sampai aku pun harap yg aku ni gay. hahaha

amicus curiae 13 August 2009 at 12:03:00 GMT+8  

mr k..
hah baru teringat tak pernah tgk teater dgn abg :(

puspa..
tenkiu sebab bawak kami ke teater, sangat best.Yah kata kalau aku dah kat india pon,sila ajak dia.

Nurul hot? aku rasa zahara jauh lebih hot.

Nikeda 13 August 2009 at 12:41:00 GMT+8  

ye, aku setuju... zaharah lebih hot. tp, psl cikgu bahar (ye, bukan bakar) tu, bukan ditinggalkan isteri, die yg meninggalkan isteri die...

amicus curiae 13 August 2009 at 12:59:00 GMT+8  

eh betul a..

aku cakap "ditinggalkannya" bukan ditinggalkan.hahah

Sasha Lyna 14 August 2009 at 12:10:00 GMT+8  

yer setuju..perlu berterima kasih kt puspa sbb ajak..tenkiu..

n aku plak rs...2-2 hawt..tp nape comment dr wanita2 yg kesemuanya ex-skolah gurls skool mngatakan ttg ke-hawt-an wanita lain..hahaha..

n yes nik..it was cikgu baha..sah, afzan pekak or ur thots were sumwhere else..rindu la tu..hehehe..

best aa dierang berlakon..sgt feel n natural..tetibe rs nk jd pelakon teater plak..

amicus curiae 14 August 2009 at 12:25:00 GMT+8  

sha...im not pekak,tapi baca sipnosis taken from RAT + puspa's blog, semua sebut nama Cikgu Bakar..
cisss..

oh yeah kita semua uka perempuan cantik, and budak2 skolah perempuan are more open to say that kot? haha

takpe legalaid suka buat legal skit..u can always sharpen your talent there :)

Zackyun 16 August 2009 at 18:51:00 GMT+8  

perempuan suka puji benda2 yang cantik..mungkin kerana tiada pelakon lelaki yg hensem lah kot..tapi yah suka rahman tu sebab dia pandai belakon seh.

zaharah lagi hot. yah tak percaya ada lelaki yg sangat tegar utk tinggalkan isteri sehot itu....

ye puspa, ajakle aku lagi utk berteater....

Post a Comment

Say something worth your salt

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP