about a girl
Ok2. Mari aku kenalkan korang pada adik kembar aku yang bernama Zakiah.
1. Dia seorang pegawai tentera berpangkat Captain
aku rasa lawak ah orang2 bawah dia kene tabik hentak2 kaki bila jumpa dia. Haha
2. Walaupun kitaorang rapat, tapi kami jauh berbeza.
Bak kata Fariz, kami ibarat langit dengan bumi bezanya. (Dan dia bumi, sambung Fariz lagi, sebab dia bulat hahaha). Seringkali kami terpaksa bersumpah dan menunjukkan IC untuk membuktikan kami adik beradik kandung. Tengok nama pun orang tak percaya. Aku A, Dia Z. Aku nama barat, dia nama kekampungan. Muahahaha (gelak evil)
3. Laughter is the best medicine
Dia sangat menghiburkan dan disayangi di mana-mana, kalau di tempat kerja, nurse2 dan pesakit2 pun sangat appreciate beliau yang seakan2 Doctor Adam Patch. Dan aku tau walaupun dia suka melawak, dia sangat dedicated dengan kerjanya. Tak pernah aku tengok doctor passionate sebegitu.
4.Manusia 120% Air.
Dia kuat minum air
5. Perangai Bugis.
Nampaknya mengikut Bonda kami yang 100% bugis (nenda2 kami bugis), hanya Yah sahaja yang ikut perangai Bugis. Aku jeles jugak tapi hahaha aku tak dapat nafikan, walaupun aku tak tau apa itu "Perangai Bugis". Dia ni suka merantau, passionate, cita-cita tinggi, terlalu berani, tak peduli orang kata apa, ada sedikit cepat melenting, cepat memaafkan, pandai mengarah (hahahaha). Tapi dia comot. Hmm.
6. Al-Kitab Zakiah
Kami sekeluarga ada sediakan 100 perkara mengenai Yah dalam satu buku. Tapi terlalu personal untuk dimasukkan di blog untuk tatapan umum, pendekata Zakiah ni memang terlalu unik sehinggakan kami perlu untuk mencatat ke-unikan beliau.
7. Ahli 6 September.
Dia share birthday dengan kekanda kami Zainal. Ada beberapa gambarfoto yang menunjukkan kekanda kami yang sedang menyambut birthdaynya yang ke-5, dan aku yang waktu tu berusia 1 tahun sedang mencopet kek harijadi yang best tersebut (sebab Nal tak bagi orang sentuh kek dia)--pada hari yang samalah Zakiah dilahirkan. Mengikut riwayat dia pun nak sebok sambut birthday tersebut.
fakta: aku dikelilingi orang-orang 6 Sept. Bos aku dan anak perempuannya pun lahir tarikh yang sama.
8. Kereta Baru
Selama ini dia dikenali dengan kereta buruk aka Power rangers nya yang selalu meragam dan buat hal. Tapi semalam dia dapat kereta baru. Dia beli kereta yang simple, katanya mudah. Memang orang yang jimat.
9. Hati dia baik dan suka meraikan orang
Walaupun kadang2 dia agak menjengkilkan (esp terhadap Fariz) hahahaaaaaaaa..oh ye dia suka meraikan orang, kenduri kahwin kawan2 dia jarang miss walaupun sibuk. Honestly aku rasa dia antara insan yang membuat aku selesa dengan diri sendiri
10. Def-tone karaoke maniac.
Dia suka menyanyi dan terus menyanyi walaupun kami kutuk. Dia selalu terlupa lirik, dan menghentam sesukahati dan selalunya nyanyi out of tune. Aku kira dia pandai menghiburkan hati sendiri tapi tak peduli orang lain kata apa.
That's our Yah for you. =) Read more...