Wednesday, October 07, 2009

Eid di Manipal

Kuih raya pun dah tinggal habuk, baru sekarang nak update pasal hari raya?
Haha.

Sehari lambat dari Malaysia
Ala, kalau esok bulan Syawal habis pun, kami di India masih ada sehari lagi untuk beraya. Kami beraya sehari lambat, dan waktu korang tengah makan-makan merai Eid hari pertama, kami masih berpuasa hari terakhir (dan menyiapkan juadah makanan untuk esok hari).

Entah mana ralatnya, sebab masjid dah mengumumkan raya hari Ahad, tapi padi malam Ahad, masjid tersebut masih bertarawikh. Padahal mula puasa sama dengan puasa di Malaysia. Entah macamana kira, tak pasti. Mungkin nak cukupkan 30 hari. Tapi kesian kat budak-budak yang dah siap buat rendang, keesokan harinya makanan jadi basi dan kena buat semua semula.

Nasib baik aku agak malas untuk masak awal. Aku start masak rendang daging dan ayam masak merah pun dekat tengahmalam, itu pun bila dah confirm raya esok (takdenya raya lepas 31 hari puasa). Siap masak semua dalam pukul 3 pagi.

Solat Raya
Oleh kerana kami berdua ni kemana-mana dengan vespa, jadi bila aku dah siap berwuduk dari rumah, kene pakai glove tangan sebab hari ni hari raya, kena pakai baju kurung jadi kene duduk macam perempuan ayu atas motor (sebab taknak batal wuduk le). Serious rasa macam nak jatuh. Sepanjang perjalanan ke Masjid, nampak kelibat orang-orang Islam India berpusu-pusu berjalan kaki, dengan baju raya yang meriah, walaupun hari hujan. Alhamdulillah kami selamat tiba di Masjid-e-Manipal.

Solat raya di sini tiada bezanya, cuma tiada alunan takbir style Melayu yang mendayu-dayu dan khutbah raya dalam bahasa Kannada (dialek biasa di Manipal). Tapi boleh tangkap apa yang cuba disampaikan, sebab banyak Ayat Quran diselitkan dalam khutbah.

Usai solat, jemaah masjid berpelukan (yang perempuanlah..muslimin aku tak nampak) dan mengucapkan Eid Mubarak. Terasa Meriah di masjid walaupun kelibat jemaah orang Malaysia tak begitu kelihatan.

Raya di India
Di bandar-bandar yang jauh lebih besar, solat raya akan diadakan dikawasan lapang dan diawasi pihak polis yang bersenjatakan rotan panjang untuk keselematan (oh ye, sini Inspektor Sahab je kot yang ada pistol, orang-orang bawahannya bawa rotan panjang macam cikgu-cikgu HM kita time sekolah dulu).

Populasi orang Islam di India adalah lebih kurang 15% daripada 155 juta penduduk, dan merupakan agama kedua terbesar di India. Dari jumlah ini, India merupakan negara ketiga terbesar mempunyai jumlah penduduk Islam (selepas Indonesia dan China). Menariknya, pengikut Islam di India adalah golongan minoriti terbesar di dunia.

Kebanyakan muslim disini akan berkopiah, dan wanitanya kebanyakannya berpakaikan hitam dan berpurdah (tapi kadang-kadang nampak ekor rambut dibelakang). Mungkin budaya. Entahlah. Sehairan aku melihat mereka, sepelik tulah kot dorang tengok aku. Bertudung tapi berseluar (wanita tradisional jarang memakai seluar dengan t-shirt/kemeja, kecuali untuk dipadankan dengan pansuit).

Perasaan raya
Haha tak boleh tipulah, memang janggal beraya tanpa keluarga dan hiruk pikuk makcik-makcik aku sebelum raya. Tapi merasa jugaklah beraya di perantauan, disamping suami tersayang. Makanan yang termampu kami buat, kami buat. Tapi burasak (makanan Bugis, nasi pulut kukus yang diletak dalam daun pucuk pisang) tak terbuat.. sebabnya tak tahu mana nak cari daun pucuk pisang. Meliur jugak dengar Mak cakap raya tahun ni Burasak menjadi. Sob sob.

Ish, cakap pasal raya, mesti tulis pasal makanan. Yalah, dah sebulan berpuasa macam la bulan puasa korang tak melantak makanan sedap-sedap . Haha.

Sekian, laporan raya.

Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami berdua.

9 comments:

Girl Behind A Shadow 7 October 2009 at 14:00:00 GMT+8  

Af, muka kau nampak bgitu berseri-seri ;)

amicus curiae 7 October 2009 at 14:12:00 GMT+8  

hida...kenapa kita ni kesian sangat, tak boleh borak2 kat ym yg bengok tu.....sob sob....aku nak date ym dgn kau pls..

bintu hasnan 7 October 2009 at 14:41:00 GMT+8  

bestnyer la your the way you live

Uswah 7 October 2009 at 14:59:00 GMT+8  

selamat hari raya kak af!!! wah rupenye kak af org bugis yang tahu burasak!!! si zayd ni org bugis tapi tak penah dengo burasak!! sabo jela aku.. haha

oh ye sungguh berseri kak af dihari raye! dan sungguh klasiknye naik vespa duduk ketepi dengan ayu utk gi masjid!! nostalgic!!

Zackyun 8 October 2009 at 00:29:00 GMT+8  

af tak akan berjaya menjadi ayu. uswah, jangan terperdaya!!!!!!!!

duhai kakak yang toyer, ayat bahasa maloysia kau tu sebab takut terlekat slang omindia kah?

Nikeda 8 October 2009 at 09:06:00 GMT+8  

ngn hida jer? knapa tanak ym ngn aku? neway, selamat hari raya maaf zahir batin to u n khalis.. :)

amicus curiae 9 October 2009 at 11:24:00 GMT+8  

wani
the way I live? its one day in eid, my dear, couldn't justify the whole living experience here.Of course, not complaining the normal days either :)

uswah
burasak adalah sedap ohh syahdu..ruginya zayd tak tahu.ala dak2 laki ni selalunya tak tau nama,tapi mesti pernah makan.

vespa adalah comel.tapi duduk di tepi adalah horror kelas pertama! (jalan lobang2, bukit tinggi rendah, lori main lumba2)

yah
tu dia.honest testimonial from blood relation that I could never be Ayu.(keluar gigi tajam dan menggigit Yah)

Tak, sebab terpengaruh dengan Puspa yang memperjuangkan BM.Tengok mood la, karang tulis shisua, kau tak faham.

nik
tak pernah pun nampak kau kat YM... :( hari2 aku buka...

Selamat Hari Raya, sis. Luv u!

Ummu Auni 9 October 2009 at 13:09:00 GMT+8  

both of you look cute and happy :)

Uswah 11 October 2009 at 20:09:00 GMT+8  

ahahaha...cik kiah kejam amat! bagile can kat kak af utk merasa ayu seketika! eh ha si zayd ni bukan saje tak penah dengo.. malah tak penah rase!! ahahah..family die pun same.. mase gi umah family kite baru rase 1st time n jakun2!!

Post a Comment

Say something worth your salt

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP