Thursday, October 22, 2009

Ooty Snooty

Hari Ketiga - Mysore ke Ooty

Ooty = Toy Train
Initially Ooty (or Udhagamandalam) was not in our initial plan. I saw it on the travel India brochure, and having forgotten the cool weather of Cameron Highlands, I probed the husband about it, and he agreed: Naturally it was something about Men and Trains. Going to Ooty means Toy Trains -something the husband could not say no to.

After a day in Mysore, we traveled 155 miles in a horrendous bus (delayed 2 hours) and ended up from Mysore with a backsore. (Haha cubaan menjadi kelakar). And there must be something about hilltop resort and honeymooners, because we were harassed by a couple seating behind us with immense volume of PDA. Sangat geli. Siap ada bunyi slurp slurp- serious la Get A Room!

Terkandas
Dan kami sebenarnya rancang untuk tinggal di Ooty selama semalam sahaja, sebab utama kami datang pun sebab nak naik Toy Train di Ooty. Tapi malangnya tiket keretapi sold out -yang ada cuma hari lusa: malang sebab kami berdua (terutama Khalis) tidak tahan sejuk dan cuaca di Ooty mencecah suhu 0 degrees pada waktu malam. Rupa-rupanya susah nak dapat tiket Toy Train on the spot, sebabnya nanti aku terangkan.

Agak kelam kabut bila tak dapat tiket keretapi pada hari yang dirancang: ini bermakna sedikit rancangan perjalanan terpaksa diubah tanpa merubah tiket akhir pulang ke Manipal. Susah, tapi we learnt a valuable lesson: backpacking kena sangat sangat fleksibel (sebab tak semua yang kita rancang menjadi i.e bas lambat, cuaca, mogok dsb) dan kita kena rancang plan B)

3 hari di Ooty
Ooty ni dipanggil Queen of Hill Station, dan orang-orang British dulu selalunya berehlah di Ooty sebab cuacanya yang sejuk (siap panggil Ooty Snooty- sebab pemikiran dorang yang pandang rendah usaha mem-british-kan Ooty, padahal dorang punya idea. Tak ke bangang) jadi banyaklah bangunan yang diilhamkan zaman koloni. Tapi sekarang ni dah jadi tarikan pelancong, jadi tak berapa nampak tinggalan British disebabkan dah penuh dengan penduduk India yang sentiasa mencari peluang pekerjaan di mana ada.

1. Pengemis yang tidur di kaki lima - kesian dia, dahla sejuk
2. Sungai di tengah pekan - bukan perkara terbaik di Ooty
3. Khalis seronok dapat sewa motor


1. Pekan Ooty
2. Motor yang tak mahu hidup - kami putus asa
(kotak di bawah ) 3. Hotel yang agak best tapi pasang heater sampai pukul 10 am shj.


Naik bukit
Sebab kami tiba Ooty pada waktu malam, kami mula berjalan keesokan harinya. Mula-mula nak cari motor untuk disewa, jenuh mencari (semuanya mintak lesen, Mr pula tak bawa) akhirnya jumpa kedai tepi jalan. Tapi mungkin ada hikmahnya, motor tu taknak hidup. Jadi kami berjalan kaki sekitar pekan dan naik transpot "kegemaran": Auto.

Pekan Ooty ni kecik je sebenarnya. Comel, dengan satu taman botani gergasi, satu taman ros, satu tasik yang ada taman tema dan ladang teh. Aku tak ingat pernah sampai Cameron Highlands ke tak (memory aku ada Fraser Hill dan feveret budak UIA: Genting je), tapi dapatlah puaskan hati aku. Cuma tak ada ladang strawberry je. Sejuk, dingin, nyaman.

Memang patutlah Ooty ni antara tarikan utama di Selatan India: banyak tarikan pelancong. Cumanya kami rasa 3 hari terlalu lama untuk manusia-manusia yang suka berjalan dan bukan honeymooners yang nak terperap kat bilik je. Hoho.

Aku dan Mr K sempat naik kuda dengan harga yang agak murah. Akhirnya guide jockey mengajar aku untuk memecut laju jauh meninggalkan Mr K: sakit pinggang ok. Sempat juga ke Taman Tema: kami berdua sahaja yang naik Motion Master dengan harga (equivalent) Rm5 seorang yang Genting Highlands caj RM40 seorang.

di Taman Botani (sangat suka!)-kami ada ramai peminat haha.

1. Kuda yang ikut warna baju kami
2. Sahur feveret : peanut butter!
3. Kedai tukang jahit yang sempoi

1. Di kilang teh tertinggi di Selatan India. Bau teh yang manis!
2. Ke atas puncak Ooty di Doddabetta: musim kabus tak nampak apa.
3. Buruh wanita membina jalan: dah jadi satu kebiasaan.

Rose garden

1. Pasangan ibu anak yang menjual garland di tepi jalan
2. Mr K gembira sebab banyak bunga rose hampir dengan namanya : Chalis Gold, Amalia
3. Aku cuma ada bunga ros yang keding yang dinamakan Meiavf (bagi can la. ada jugak bunyi Af)

UNESCO World Heritage Mountain Railway - Ooty To Mettupulayam
Akhirnya selepas 3 hari bersenang lenang di Ooty, hari yang ditunggu tiba untuk kami naik keretapi. Sangat seronok! Dari stesen Ooty kami akan ke Mettupulayam, untuk destinasi kami seterusnya ke negeri Kerala.

Apa yang istimewanya dengan Toy Train sehingga tiket mudah sold out ialah (1) keretapi ni bukan keretapi biasa, tapi ianya keretapi antik yang mula diguna pada awal 1908, di atas landasan dibina untuk menghubungkan ladang-ladang teh yang pada suatu masa dulu sehingga kini merupakan komoditi penting (2) perjalanan turun ke bawah bukit yang menakjubkan- bayangkan naik keretapi atas awan (3) permandangan terindah sepanjang jalan (oh dengan sikit tip: beli tiket kelas pertama dan cuba mintak untuk duduk di belah kiri) Tak percaya, tengok sendiri:

1. Ni rupa kepala Toy train - nasib baik kami dapat beli tiket kelas pertama
2. Baju di sidai atas tanah -kalau Mak nampak mesti dia marah
3. Ladang Teh - makcik pekerja Ladang Teh yang sempat melambai kami

1. Rumah memang di cat warna warni
2. Pekan Ooty di bawah
3. Salah satu tanda Tandas di stesen - Khalis tak puas hati kenapa ada misai

1. Rupa dalam koc - memang romantik
2. Tiba di Wellington hehe

Seterusnya Mettupulayam- Coimbatoire- Ernakulam- Fort Kochin

Selamat tinggal negeri Tamil Nadu!

Read more...

Tuesday, October 13, 2009

Mysore!

Mysore, bandar kedua terbesar di Karnataka selepas ibunegeri Bangalore, dengan populasi penduduk hampir 800,000 - 2 kali ganda jumlah penduduk Shah Alam.

Ianya dikenali dengan Bandar Diraja disebabkan jumlah istana yang terlalu banyak yang semuanya dibina indah. Ikut perancangan asal, kami singgah ke Mysore hanya untuk membeli tiket bas seterusnya ke Ooty. Tak sempat nak tengok semua, terutamanya Istana Utama yang lampu-lampu sebanyak 96,000 akan dibuka pada malam minggu.

Apa ada di Mysore?
Tapi aku sedikit teruja apabila disapa mesra oleh seorang pemandu Autorickshaw yang menawarkan "tour Mysore" ke tempat-tempat menarik dengan harga Rs. 250 (lebih kurang RM20) dari pagi hingga ke tengahari. Kebetulan bas seterusnya ke destinasi kami Ooty ialah pada pukul 2 petang.

Just nice.

Kami terus bersetuju selepas beberapa kali memastikan harga. Bukan apa, agak murah. Kami letakkan beg2 Everest kami di pejabat syarikat bas dan tempat pertama dituju ialah Bukit Chamundi.

Bukit ni dinamakan sempena dewi yang bunuh Mahahishura, satu kuasa jahat yang beraja di Mysore. Jadi bukit ini dikhaskan untuk memuja dewi tersebut, tapi kami lebih berminat dengan pandangan dari atas bukit Chanmundi, di atas 1000 m aras laut.

Dari atas nampak keseluruhan Bandar Mysore, termasuk istana-istana kerabat raja yang telah dirampas oleh kerajaan dan dijadikan hotel-hotel mewah, dewan perkahwinan untuk disewa dsbnya.

Atas puncak bukit, boleh agak, terdapat sebuah kuil untuk dewi tersebut dan deretan peniaga-peniaga kecil menyambut kami.Suasana dingin bukit mulai terasa. Di luar kawasan kuil, kelihatan berhala Mahahishura yang dibunuh dewi Chanmundi teguh dibina sekeliling round-about. Aku sedikit keliru, ingatkan dewi yang dijadikan berhala, tapi sebaliknya yang dibunuh yang diberhalakan.

1. kita nak naik sampai ke atas tu lah!
2. Dari jauh: Istana Lalitha yang kini dijadikan Hotel bertaraf Lima bintang
3. Mr K bersama Anand yang sedang bercerita -katanya Mysore ada 2 juta penduduk!

1. Mahahishura yang tewas berperang dengan dewi
2. penjual-penjual kalung bunga
3. ukiran di kuil

Kami turun bukit dan beberapa kali terserempak dengan pelancong Barat yang menapak naik ke atas puncak bukit dengan 1,001 anak tangga. Aku? jangan harap sebab tu kau gemok . Anand si pemandu Auto singgah sebentar di berhala Nandi yang berupa seekor lembu hitam, katanya merupakan kenderaan untuk dewa Shiva.

1. Patung Nandi - diukir beratus tahun dahulu
2. Bersama Anand, dia ada 2 orang anak yang belajar di universiti
3. Pasar di puncak bukit yang mengingatkan aku pada pasar di Kuil Borobudur, Indonesia.

Kami singgah sebentar di Tasik Karanji, (aku tak minat nak tengok binatang kat zoo Mysore, walaupun aku suuuuka binatang, tapi zoo akan membuatkan aku rasa sedih). Raja Mysore membina tasik ini 100 tahun yang dulu untuk kegunaan harian rakyat Mysore dan hanya pada tahun 1976 diambil alih oleh Zoo Mysore dan dijadikan taman berbayar.

Anand membawa kami ke Lalitha Mahal, yang kami dapat lihat dari atas bukit. Dahulunya milik sang putera kepada Sultan Tipu, kini dijadikan hotel mewah 5 bintang yang diuruskan kerajaan. Aku sempat menyelak buku panduan yang tidak merekemenkan hotel tersebut. Indah, tapi servisnya lembab, kenapa tidak diswastakan. Haha. Aku quote terus eh dari buku tu!

Untuk 5rs seorang, kami diajak masuk kedalam untuk menikmati Teh dan scones, tapi kami berpuasa.
1. Lalitha Mahal
2. Reflektif tengkorak -bukan tanda pokok beracun, tapi sebagai ganti lampu jalan raya


Kami meneruskan perjalanan ke gereja St Philomena, yang dibina pada tahun 1935. Reka bentuk gereja yang banyak dipengaruhi gereja neo Gothic, (aku tak paham kenapa budak2 melayu kita yang banyak ikut Gothic- dorang faham tak apebenda yang dorang ikut?) yang banyak di Itali. Aku tertarik dengan seorang budak kecil berkopiah yang menjual barangan gereja seperti salib, gambar-gambar kristian dsb diluar gereja. Wajahnya yang sedikit ketakutan untuk berhadapan dengan aku menyukarkan aku untuk ambil gambarnya.

1. Tasik Karanji yang tiada orang dan Mr K yang seronok naik lembu
2. Gereja Saint Philomena
3. Yang menarik perhatian: budak yang taknak pandang kamera, dan ice-cream warna warni dugaan untuk orang berpuasa :)

Dan benarlah, didalam setiap hati Muslim, ada masjid. Kami tersenyum apabila Anand memberhentikan kami di sebuah masjid hijau. Katanya ia adalah sebuah masjid lama yang berusia 100 tahun lebih. Katanya kebiasaanya wanita tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan masjid, walaupun untuk bersolat sebab wanita muslimah india selalunya hanya bersolat di rumah. Jadi hanya Khalis sahaja yang masuk ke perkarangan masjid sementara aku menunggunya untuk solat tahiyatul masjid.

Tak lama kemudian, Khalis memanggil aku masuk ke dalam, katanya orang masjid panggil dan memperkenalkan aku. Disuruhnya aku untuk mengambil gambar dalam masjid sambil bertaaruf dengan Khalis. Mereka gembira bila mengetahui kami pasangan yang telah berkahwin dan kami sedang berpuasa. Khalis diajak untuk solat Jumaat, tetapi kami terpaksa meneruskan perjalanan.

Masjid Hijau

Dan akhirnya Anand membawa kami ke Istana Utama Mysore, kediaman rasmi kerabat diraja Wodeyar, yang juga dibuka untuk orang ramai. Dikatakan akitek yang membina semula istana ini pada tahun 1912, diarah untuk mereka istana ini dengan pengaruh Hindu, Islam, Rajput dan juga Gothic. Istana yang agak besar ini penuh dengan pengunjung, terutama dengan penganut agama hindu yang mengujungi 2 kuil yang terletak di dalam Istana tersebut.

Mysore Palace

Kami akhirnya keletihan berjalan-jalan sekeliling istana, (baca: panas keliling istana yang luasnya macam 10 padang bolasepak tengahari buta) akhirnya memutuskan untuk naik kereta kuda kembali ke pejabat syarikat bas.



1. Naik kereta kuda!
2. Gerbang-gerbang kota yang banyak di Bandar Mysore


Seterusnya hari ketiga - Ooty!

Read more...

Friday, October 09, 2009

Kembara Selatan India

Manipal ke Mysore, Hari 1

Setelah 3 hari tiba di Manipal, yang hari-harinya dipenuhi dengan mencukupkan keperluan rumah, Mr K menunjukkan tiket berkembar keretapi yang ditempah kehadapan. Bagaikan melambai-lambai dan sedikit menguji "baru sampai, dah kena berjalan".
Dan si dia tersenyum lagi "Malam ni kita bertolak- kita jalan Selatan!".

"How far are we going?"
Mr K mengambil buku Lonely Planet versi India dan mencartakan perjalanan yang menunjukkan ke bawah Selatan dan loop back to Manipal. Di atas Peta India, perjalanan kami nampak acam bentuk "V" yang runcing, tapi oleh kerana peta yang ditunjukkan nampak ringkas, (dan sebab percaya bulat-bulat perancangan Mr K), aku hanya tanya sedikit soalan tanpa menanya hal-hal terperinci. (padahal ada tempat sejuk)

Dan aku mula mengemas baju dan keperluan lain ke dalam backpack 65 litre untuk tempoh 2 minggu. Makanan dalam tin, biskut, dan favourite traveler's food : Peanut butter. Check.
Ubst-ubat mual, diarrhea, panadol, bonjela. Check.
Iron (nasib baik ringan walaupun tak senipis Stewardess Iron) Check.

Aku anggap diri aku Light Traveler, hanya satu beg backpack dan satu sling back camera sahaja di atas badan. Senang nak jaga. Tapi masa mula mengangkat beg, terasa juga tulang empat kerat.

Sejujurnya, aku tak tahu pada awalnya sejauh mana perjalanan kami. Kalau diletakkan peta Malaysia sebelah-sebelah, ianya sepanjang perjalanan dari Perlis ke Singapura.

Manipal - Mysore
Aku pernah terbaca yang keretapi India sangat-sangat on time. But this could not be said the same about their buses, even the chartered ones.

Perjalanan pertama dari Manipal ialah ke Bandar Mysore, melalui bas. Tiket pukul 9.
Sampai nak dekat pukul 11. Cheh. Sakit hati. Kalau tau, boleh lepak lama kat rumah tengok tv ke apa kan.

Nasib baiklah perjalanan kami ke Mysore ialah"overnight bus"; bas kami bas double-decker, tingkat atasnya adalah tempat tidur. Agak selesa, bantal dan selimut dibekalkan. Ada tirai untuk privasi. Aku jakun. Dan nyenyak tidur. Walaupun sekali dua terbangun tengah malam dan ternampak perlalanan hutan di tepi bukit yang curam agak menyeramkan. Sipi-sipi saja lagi masuk gaung, at full speed.

Mr K tidur lena di sebelah, tak terusik dengan keseraman yang aku rasa. Dan aku kembali tenang. Perjalanan 331 km tak begitu terasa.

Kami bangun untuk bersahur dengan biskut dan solat Subuh duduk, dan kemudian seketika, nampak bangunan-bangunan dan jalan tar yang elok (jalan terbaik sepanjang pengamatan aku di sini) siap dengan papan tanda "Welcome to Mysore- Road built by Karnataka State" padahal sepanjang jalan, jalan berlubang tak ingat pula nak bagi papan tanda serupa. Mungkin sebab Mysore bandar DiRaja.

Akan datang- Mysore city

Read more...

Wednesday, October 07, 2009

Eid di Manipal

Kuih raya pun dah tinggal habuk, baru sekarang nak update pasal hari raya?
Haha.

Sehari lambat dari Malaysia
Ala, kalau esok bulan Syawal habis pun, kami di India masih ada sehari lagi untuk beraya. Kami beraya sehari lambat, dan waktu korang tengah makan-makan merai Eid hari pertama, kami masih berpuasa hari terakhir (dan menyiapkan juadah makanan untuk esok hari).

Entah mana ralatnya, sebab masjid dah mengumumkan raya hari Ahad, tapi padi malam Ahad, masjid tersebut masih bertarawikh. Padahal mula puasa sama dengan puasa di Malaysia. Entah macamana kira, tak pasti. Mungkin nak cukupkan 30 hari. Tapi kesian kat budak-budak yang dah siap buat rendang, keesokan harinya makanan jadi basi dan kena buat semua semula.

Nasib baik aku agak malas untuk masak awal. Aku start masak rendang daging dan ayam masak merah pun dekat tengahmalam, itu pun bila dah confirm raya esok (takdenya raya lepas 31 hari puasa). Siap masak semua dalam pukul 3 pagi.

Solat Raya
Oleh kerana kami berdua ni kemana-mana dengan vespa, jadi bila aku dah siap berwuduk dari rumah, kene pakai glove tangan sebab hari ni hari raya, kena pakai baju kurung jadi kene duduk macam perempuan ayu atas motor (sebab taknak batal wuduk le). Serious rasa macam nak jatuh. Sepanjang perjalanan ke Masjid, nampak kelibat orang-orang Islam India berpusu-pusu berjalan kaki, dengan baju raya yang meriah, walaupun hari hujan. Alhamdulillah kami selamat tiba di Masjid-e-Manipal.

Solat raya di sini tiada bezanya, cuma tiada alunan takbir style Melayu yang mendayu-dayu dan khutbah raya dalam bahasa Kannada (dialek biasa di Manipal). Tapi boleh tangkap apa yang cuba disampaikan, sebab banyak Ayat Quran diselitkan dalam khutbah.

Usai solat, jemaah masjid berpelukan (yang perempuanlah..muslimin aku tak nampak) dan mengucapkan Eid Mubarak. Terasa Meriah di masjid walaupun kelibat jemaah orang Malaysia tak begitu kelihatan.

Raya di India
Di bandar-bandar yang jauh lebih besar, solat raya akan diadakan dikawasan lapang dan diawasi pihak polis yang bersenjatakan rotan panjang untuk keselematan (oh ye, sini Inspektor Sahab je kot yang ada pistol, orang-orang bawahannya bawa rotan panjang macam cikgu-cikgu HM kita time sekolah dulu).

Populasi orang Islam di India adalah lebih kurang 15% daripada 155 juta penduduk, dan merupakan agama kedua terbesar di India. Dari jumlah ini, India merupakan negara ketiga terbesar mempunyai jumlah penduduk Islam (selepas Indonesia dan China). Menariknya, pengikut Islam di India adalah golongan minoriti terbesar di dunia.

Kebanyakan muslim disini akan berkopiah, dan wanitanya kebanyakannya berpakaikan hitam dan berpurdah (tapi kadang-kadang nampak ekor rambut dibelakang). Mungkin budaya. Entahlah. Sehairan aku melihat mereka, sepelik tulah kot dorang tengok aku. Bertudung tapi berseluar (wanita tradisional jarang memakai seluar dengan t-shirt/kemeja, kecuali untuk dipadankan dengan pansuit).

Perasaan raya
Haha tak boleh tipulah, memang janggal beraya tanpa keluarga dan hiruk pikuk makcik-makcik aku sebelum raya. Tapi merasa jugaklah beraya di perantauan, disamping suami tersayang. Makanan yang termampu kami buat, kami buat. Tapi burasak (makanan Bugis, nasi pulut kukus yang diletak dalam daun pucuk pisang) tak terbuat.. sebabnya tak tahu mana nak cari daun pucuk pisang. Meliur jugak dengar Mak cakap raya tahun ni Burasak menjadi. Sob sob.

Ish, cakap pasal raya, mesti tulis pasal makanan. Yalah, dah sebulan berpuasa macam la bulan puasa korang tak melantak makanan sedap-sedap . Haha.

Sekian, laporan raya.

Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami berdua.

Read more...

Monday, October 05, 2009

Macam Mak Datin

Yelah, kerjanya hanya melawa meneman suami ke function yang dia pun tak tahu orang-orang sekeliling. Dalam dua tiga hari secara berterusan tak payah masak makan free komuniti pelajar buat open house dan diatas kesempatan nilah aku mengikut Mr K. Dan diperkenalkan sebagai Mrs K (siap ada announcement. Sangat segan ok)

Tapi tak lah Mak Datin.
Aku masih comot.

Bak kata Yah bila ber-skype tempoh hari "eww korang dorang buruk la"

Yes I have a terribly honest sibling.

In relation to that, my defence as to why I'm I'm fatter and darker:
Baru aku discover kenapa aku hitam..sebab dalam bas/train, Mr K akan suruh aku duduk di tepi tingkap. Jadi dia duduk di sebelah aisle. Alasannya sebab nak protect aku (dari apa?) tapi akibatnya, aku kena dimamah matahari. Oh sungguh aku tidak peduli.Hm maybe next time aku suruh dia pulak duduk tepi tingkap dalam bas. Baru aku ada can jadi heroin Hindustan yang putih melepak itu.

Gemuk?sebab syok makan masakan sendiri. Haha aktiviti aku seharian, boleh agak kot lah kan masak, makan, mengemas, tengok Weeds, main facebook, baca buku. Mana taknya menternak lemak. Tapi setelah mentekedarah majlis raya secara berjaya, aku bersenam aerobik pagi tadi dan telah dua hari berjogging dengan encik K tersebut di End Point yang cantiknya MasyaAllah. (Self Note: bawa kamera).

But today I got these. tu bahasa hindi : my pyar karthi hoo. Ntah apa makna dia.

Ah the guy hasn't stop being the debonair who brings flowers to his lady :) And I feel beautiful. Ataupun sebab nak pujuk Liverpool kalah dengan Chelsick semalam kottt Hahaha

Read more...

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP