Wednesday, September 30, 2009

Motorcycle Diaries

Agak lama aku tak kemaskini blog, terlalu banyak perlu diceritakan dalam rencana seharian, jadi makin banyak ketinggalan dateline yang aku cipta sendiri, makin lama makin tak terkejar jadinya.

Mr K sudah seminggu memulakan kuliah, dan sebagai peneman rasuah di kala bosan, dibelikan buku-buku dalam kadar yang banyak memandangkan harga buku yang murah. Contoh: buku P.G Wodehouse yang dijual sekitar 50rs (lebih kuran RM4.50).

Untuk minggu ini, tinggal lagi 3 buku untuk diratah-ratah enak (hint hint kepada Mr K haha). Algebra of Infinite Justice, Right ho Jeeves dan aku sedang membaca buku Che Guevera yang dikarang sebelum beliau menjadi sosok politik terkemuka dan ikon t-shirt terlaris; The Motorcycle Diaries.

Poin yang aku cuba sampaikan cuma satu sahaja: (dan cukup baiklah untuk aku mula berblog setelah blur sebulan dalam transisi dari seorang full fledged lawyer kepada seorang stay at home wife.)

Poinnya: aku tak perlu mengemaskini blog secepat suatu kejadian berlaku. Itu macam melaporkan berita. Apa-apalah. Yang penting, satu hari nanti, aku boleh baca kembali catatan aku yang 30, 40 tahun dahulu. Dan ketawa berdekah-dekah dengan ketotolan zaman muda. Bak cara Ernesto Guevara, aku cuma perlu terus menulis, walaupun perkara tu dah lama berlalu.

Terima Kasih Che, menjadi sumber inspirasi kesekian kalinya.

6 comments:

~salwaredzuan~ 1 October 2009 at 01:42:00 GMT+8  

30-40 tahun akan tg, dikala ko ketawa berdekah dgn ketololan zaman muda ini, jangan lupa invite aku utk ketawa berdekah sama sebab aku taknak ketawa berdekah seroang memandang zaman muda`ketololan aku..

Maryam 1 October 2009 at 02:06:00 GMT+8  

bace 4 tahun kebelakang pun dah senyum2, ni kan pulak 30-40 tahun akan datang! :D

mr K 1 October 2009 at 04:13:00 GMT+8  

yay dah update! walaupun ada kat sini tapi suka gak baca syg version alam maya..hihi. nanti kita g cari buku baru weekend ni k? :P (nak rasuah byk2 haha)

amicus curiae 1 October 2009 at 12:22:00 GMT+8  

emon, jangan risau, aku buat punya mini reunion untuk gelakkan ketololan zaman muda kita...siap ada power point presentation punyelah.

yam: haha buat masa sekarang, tak terbaca lagi yang 2,3 tahun lepas..

mr k kita ke mangalore lagi? :)

a passerby 2 October 2009 at 11:46:00 GMT+8  

i quote "Dan ketawa berdekah-dekah dengan ketotolan zaman muda. "
mmg zaman muda adalah zaman totol?

hehehe

jelesnye nak dok umah & dirasuah buku juge~!!

dan ya, apa salahnye melaporkan berita di blog anda. baru lah kitorang bole tau apa khabar berita anda :D

amicus curiae 7 October 2009 at 14:15:00 GMT+8  

zaman mude mmg zaman tolol kot..i wish i can be that strong to laugh to my past, my youth, my mistakes...


okeh saya try beristiqamah menulis untuk alak,family, friends dan ibu saya :D

Post a Comment

Say something worth your salt

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP