Friday, May 08, 2009

laywer pon kena

the fab five after their release.

Aku still boleh recall vividly before aku gi Studio W semalam si Puspa ajak aku untuk "legalaid duty" kat Balai Polis Brickfields semalam. Ada orang nak buat Candlelight virgil kat sana sempena 1Black Malaysia dan mana la tau apa-apa jadi, so boleh standby.

"Pukul Bape? aku lepas pukul 9.30 boleh la weh"
"Around that time ah. Kau datangla. Turn kita plak buat remand hearing ape ke".

Aku tak datang.
Malah malam tu lepas aerobic aku pengsan sampai ke pagi dan sedar ada berpuluh2 sms.
Yang Pertama datang dari Kak Lat yang berbunyi:

"5 LAC lawyers arrested representing clients last night, fadiah nadwa,murnie,syuhaini, puspa and ravin! solidarity and protest gathering 10am today, Duta Court. Wear court attire. Sebarkan"

Terkejut aku. Dan terus aku change my direction straight to Duta Court.
So aku call Encik Boss dan explain yang "I wish to be there for them".
Boss aku Okey je.

Pukul 10 kat court, aku tengok lobby dah penuh dengan lawyers.
Agak 300 lebih kot.
Farhana, Nadia, Nik, Leena, Stef dan Sasha dah stand by.

Aku tanya Leena apa ke hal nye?
Ini yang Leena cakap " They got caught because they were asking for a piece of paper"

Piece of paper?
Cerita nya macam ni...

Fad, Ravin, Murnie, Puspa and Syu on legalaid duty kat Brickfields untuk candlelight virgil.
14 dah kena tangkap.
Basically the fab five were trying to get the 14 ppl out.
But encik2 polis kata the 14 tu tak na be legally represented. Taknak pakai Lawyer.
So the fab five demanded to see the form 28.
Tau2 dorang kene arrested jugok.

Absurd tak absurd.
It'll be interesting to know what will they be charged under.

Tunggu kat lobby, Mr Ragu (president BC) dan Mr Jagjit (L.A dorang dua2 kena tangkap) pun secara ringkasnya terangkan apa yang terjadi. Tapi bila Mr Jagjit cakap, ada pulak polis nak halang dia. Maka terjadi lah sedikit scuffle.

(I was thinking: Ada ke datang rumah orang nak buat hal?)
Tapi don't worry, despite all the chaos, Mr Jagjit tak kena arrested.

Anyway around 12 kitaorang dapat info the girls would be released on Police Bail.
While Ravin's whereabouts was still unknown as at 3 am yesterday he was driven out in a car from the police stattion.

There was a possibility that a magistrate could be brought in to the police station, to extend the remand period, so some of us stayed in the court while the rest of us made a move to Travers' police station, where the girls were stationed at.

Sampai di travers, Kak Lat was already waiting.
Sementara tunggu nampakla kelibat Fadiah, Murnie, Puspa and Syu dalam pakaian lokap dan bergari, masa dorang dipindahkan dari bilik belakang ke hadapan (kena gari untuk short distance? pelik)

But nonetheless, they look OK (Fad especially. Nampak begitu bersemangat. Puspa macam biasa buat muka selamba rock beliau seolah olah tiada perasaan).

And then after awhile the 9 non-lawyer girls were seen transported to the Truck.
Aku dengar jugakla dorang tanya kalau dorang boleh tukar baju dorang.
Aku dengar baju tu akan dirampas dan dijadikan bahan bukti.

Pastu nampak kawan-kawan lawyer keluar siap dah tukar baju.
Nampaknya the non-lawyers sahaja yang masih berpakaian lokap.

Pastu kitaorang follow Trak Polis tu ke Balai Polis Brickfields.
Sampai2 je ramai lawyer friends yang menunggu.
Tak lama lepas tu Kak Lat tanya siapa nak tolong Bail.

So kami berlima (oh limited to five people je) aku, Valen, Sasha, Far dan Leena naik ke atas untuk Bail the girls.

Kami naik ke satu bilik kecik dan semua yang kena arrested ada bersama IO.
We were glad to see Fad, Puspa, Murnie and Syu dalam keadaaan selamat. Alhamdulillah.
Mereka masih bersemangat dan ceria (mungkin sedikit busuk sebab tak mandi semalam tapi tak pe okey. Dorang ni hero)

Sorang demi sorang masuk untuk bail.
Pastu kami dapat bail dan kesemuanya lepas.

Tak lama lepas tu Rombongan Lelaki diketuai Encik Ravin dari Taman Tun tibe.
Dia pun OKEY.
Steady lagi.

Pastu bertukar tukar cerita sedikit sebelum yang lainnya ke Bar Council untuk mrmberi press Statement. Aku balik ofis sebab boss tunggu submission aku.

What a day.
Apa nak jadi.

Laywer nak buat tugas pun kena.

7 comments:

mr K 8 May 2009 at 19:27:00 GMT+8  
This comment has been removed by a blog administrator.
mr K 8 May 2009 at 19:47:00 GMT+8  

alhamdulillah semua kwn syg ok..

teruknye malaysia skrg ni.. tak tahu la ape nak jadi. makin lama makin teruk..

malunya dgn malaysia, abg org perak pulak tu..

~salwaredzuan~ 9 May 2009 at 13:47:00 GMT+8  

aku membayangkan muka fad yg digari dan ala2 buchuuukk tu...ihihi

nadia,  9 May 2009 at 16:06:00 GMT+8  

Salah strategy, man...instead of scaring the public off, they're making a hero out of these 5 and an utter fool of themselves. Heh!

Apa email id?

Nafastari 11 May 2009 at 21:35:00 GMT+8  

Lorr.. kawan2 aku rupanya! Aku bangga dgn diorang, walopun aku taktau kalo diorang masih ingat aku atau tak.. hehee

Amicus Curiae 12 May 2009 at 14:44:00 GMT+8  

ye jay..kita semua sekelas dulu.

Post a Comment

Say something worth your salt

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP