HKA 1
Hanzalah.
Dia yang kini bergigi 7,
merangkak laju berkuak lentang, dengan senyuman semanis madu, kini genap
setahun hari ini.
Setahun lepas, dalam dakapan ayah, ibu sedang bertarung
nyawa menyambutmu.
Kelahiran yang dinantikan, yang dipermudahkan dan diringankan
Allah, dengan seorang bayi lelaki seberat 3 kilo dan panjang 54 sm.
Dan kami namakan dia Hanzalah, sempena nama seorang panglima
dan sahabat nabi.
Nama yang kami angan-angankan untuk anak pertama kami sejak
mula bertemu.
Peribadi ringkas yang berani, dan dia yang tegas memilih antara dua cinta. Dia
yang merasakan tertipu dengan dirinya sampaikan dikatakan dirinya munafik,
walhal dirinya pantas merasa insaf dan dekat dengan TuhanNya. Itulah dia,
Hanzalah ibnu Ar Rabi r.a
Dan harapan kami buat Hanzalah ibnu Khalis Amali, semoga
terus menjadi seorang yang soleh dan ikhlas.
Semoga hatinya cepat menyerap kebaikan dan kebenaran. InshaAllah.
Semoga dijauhkan dari sifat dengki, bisikan syaitan, perkara
yang buruk dan perbuatan jahat manusia. Nauzubillah.
Setiap anak itu dilahirkan dalam fitrahnya sesuci kain
putih.
Semoga Allah membimbing Ayah dan Ibu selalu dalam
mencorakkan peribadi muslim kepada dirimu wahai anakku. Ameen.
Selamat hari jadi, sayang.
Sanah Helwah, Hanzalah habibi.
Wahai belahan dedua ayah dan ibu.
5 comments:
Eid Milad, anakanda Hanzalah... Moga jadi anak soleh yang mendoakan ayah dan ibunya.
belahan dedua sounds so amoeba.
sounds like me...wakakak...
happy bday funny boy!~
so sweeeeettt...
cuma ending tu, aku ingatkan nak cakap belahan hati, sekali rupenye belahan dedua :p so kiut la u af!
maryam: ameen ya rabb :)
bila nak dtgk jenguk kami di teratak subang?
yah: the world cannot handle more than two zakiahs. tu pun ada alter ego, mode 6 mode 9. pening kepala eden.
aliza: hello you :) belahan dedua la..baru la politically n scientifically correct . kalau belahan hati tu bunyi mcm untuk org berchenta boleh la :P
belahan dedua! thank u Allah for a perfect son. thank u syg, for our anak bulan penuh! :D
Post a Comment