19 hari
Masuk minggu ketiga puasa, berat badan saya susut hampir 2kg. Berpuasa sambil menyusukan anak memang sangat-sangat mencabar. Tiba waktu petang, kepala saya terasa kosong, seakan-akan diisi angin dan tekak menjadi sangat kering. Seolah-olah ini kali pertama saya belajar berpuasa. Very draining.
Pengalaman puasa saya bermula semasa saya berumur 7 tahun. Saya tak pasti bagaimana saya boleh berpuasa penuh, yang nyata tiada metod khusus yang diajar oleh mak abah.Tidak pernah juga kami digula-gulakan dengan juadah iftar, cuma seingat saya, mak abah ‘mengajak’ kami berpuasa. Diajak bangun sahur. Tak nak bangun, sudah.
Tapi mengingatkan ketika itu saya yang masih kecil, agak lucu apabali pemandu kami yang baik hati, Auntie Gan sering merasa kesian kepada kami adik beradik, terutama saya dan Zakiah yang masih kecil dan selalu berhenti di gerai minuman tebu untuk membelikan air. Katanya ‘jangan risau, auntie dah Tanya semua orang. Budak-budak tak payah puasa maa. Kesian lu orang, nah auntie belanja”. Tapi seakan-akan sudah berjanji pada mak,air tebu yang sejuk tu hanya dipegang, direnung dan tiba dirumah, air disimpan terus dalam peti sejuk. (Ada jugak 2-3 kali saya jenguk air tebu, nak make sure isinya tak berkurangan) hehe.
(Dengan Auntie Gan juga saya belajar untuk bermain dengan anjing. Saya nak sangat betulkan persepsi Melayu presumed to be Muslim kat Malaysia ni, menyayangi anjing bukan sama dengan menghina Nabi-tajuk Majalah Mestika yang agak tolol. Main, dan basuh dengan tanah. Tak susah. Islam tak susah. )
Tapi kali pertama saya dikenalkan dengan ibadah puasa, sebenarnya semasa saya di Tadika Husna, taski kelolaan Jim Petaling (yang menemukan saya dengan Aliza dan anak tuan punya tadika, Maryam Aizuddin yang seringkali dibuli sebab saiznya yang kiutmiut. Hahaha jahat.). Pun masa tu kami tidak diajar puasa dengan paksaan, Cuma dijanjikan manis syurga. Percayalah, ceritakan keindahan syurga pada kanak-kanak, memang berkesan. Akan saya praktikkan pada Hanzalah, insyaAllah.
p.s : perasan tak, waktu puasa ni, ramai betul kaum adam yang tiba-tiba menjadi sungguh ‘fatherly’? keluar dari McDonalds’ dengan Happy Meal berbondong-bondong, waktu lunch hour. Wow. Muda-muda pun dah ada 3-4 anak. Bukan seorang, tapi satu waktu tu ada 5-6 orang lelaki Melayu presumed to be Muslims yang buat macam tu.
5 comments:
benar, menyusu dan berpuasa sangat mencabar.. sy sendiri sudah hilang 10kg... tak tahu sejak bila... tp berpuasa dan menyusu salah satu sebabnya mungkin......
wah 10kg! banyak tu Nur!
tulah, nak mantain milk supply sangat mencabar~ insyaAllah cukup untuk bulan puasani lah tapi, pasni kena buat stock banyak2. huhu.
comel la budak kecik ni..aii jenguk je ke air tebu tu? hihi. nanti abg blanja air tebu! haha kita plak yg teringin.
ingat lagi masa sekolah rendah, time amik wuduk solat zuhur, abg minum air paip tu 3-4 teguk. segar...bila tanya puasa? puasa! :P
mak n abah tak pernah janji apa-apa pun..
tapi ntah, kita tak puas hati satu sama lain kalau aff dapat puasa penuh, yah tak dapat. tak boleh jadi...tak best laa kan...
itu je, kan?
encik K:
eii busuk tak puasaaaaa!
yah:
paling puas hati dapat buka puasa satu family. hadiah indah dari Tuhan. :)
Post a Comment