Sunday, November 22, 2009

Fort Cochin bukan kuih koci

Hari 6-9 :Dari titik D ke G

Ooty-Mettupulayam-Coimbatore
Dengan peparu dan lubang hidung penuh dengan arang keretapi Toy Train, kami tiba dalam waktu kecemasan untuk beli tiket terakhir ke Coimbatore:i tak mahu bermalam di stesen!

Sambil berbuka puasa dengan biskut dan cokelat, kami memerhatikan kedatangan tren pukul 8 ke Coimbatore. Hampir-hampir terlepas tren, sistem makluman bercelaru dengan tulisan hindi, Kannada, Malayalam dan Inggeris berbaur Mumbai yang takde satupun kami boleh faham.

Banyak kali saya ditanya: kau orang kena naik tren ramai2 sampai berdiri atas bumbung tu ke?
(Rujuk gambar dibawah)

gambar hiasan. Tak sempat nak keluarkan kamera pun.

Memang azab.

Selama 45 minit ke Coimbatore tu rasa macam sardin. Dengan bag 60 litrenya. Terpisah dengan Mr K, disebelahnya ada tempat kosong yang 'direzabkan oleh seorang pakcik dengan stokinnya. Geram. Akhirnya pakcik tu rasa bersalah, setelah lama tengok saya berdiri, dia ajak duduk. Kalau bukan sebab kaki dan badan aku letih, takkan saya terima. Tapi sepanjang perjalanan saya tak tengok muka pakcik tu. Merajuk. Hahhaha buruk perangai

Hanya semalam kami di Coimbatore, sebuah bandar besar yang terkenal dengan pasaran tekstilnya. Bukan tidak mahu menjengah, (keluarga saya berasal dari Tangkak, i.e. syurga kain) tapi sebetulnya kami tidak berminat dengan bandar moden!

Selamat datang ke Negeri Kerala!
Dari Coimbatore, kami ke Fort Cochin di Negeri Kerala. (Taklah semudah tu sebenarnya. = Tren 3 jam ke Ernakulam, dan seterusnya naik feri lebih muatan ke tanjung Fort Cochin. Lagi lima saat feri tu nak berlepas, kami lompat masuk ke dalam. Bergoyang sikit feri tu.Ngeri)

Kak Lat pernah bagitahu yang penduduk Kerala ni walaupun berlainan agama dan keturunan, mereka bersemangat muhibbah, dan bandarnya bersih.

Di Negara Ghandi ni, terlalu banyak pergaduhan antara agama dan kaum, sehingga melibatkan beribu-ribu nyawa terkorban. Macam penyakit berjangkit, ianya hanya makin berbalas. Ahli politik utama pun akan terlibat (bukan terlibat untuk cease fire) tapi masing-masing ambil port.
Makin teruk keadaan.

Tapi tidak di Kerala.
Struktur sejarah melibatkan pedagang pelaut asing banyak mempengaruhi sistem sosial di Kerala, terutama di Fort Cochin, berbanding di tempat lain. Yalah, perlabuhan. Mesti banyak yang menyinggah. Sedangkan kapal Selam najib pun singgah sebentar di Fort Cochin.

God's own Country: kompromi segala agama disini

Tapi yang menariknya, penduduk di Kerala ni ada sistem dialog interfaith, yang mana kalau ada apa-apa perkara yang perlu diselesaikan antara agama, ketua-ketua agama akan bersidang dan keputusannya diterima umum. Penduduknya terdiri dari muslim, hindu, kristian, gujerat, yahudi, dll. Memang aman.

Simbol setiap agama disusun pada kunci pintu-simbol masyarakat setempat
Tapi simbol salib diatas simbol bulan sabit. Hmm.

Di sini, kami bermalam di Princess Inn, homestay yang direkemen oleh Lonely Planet. Tempatnya selesa, agak hip dan tuan punya pun kool (dia pasang lagu bob marley, kena dengan suasana tempat). Sewanya pun murah; Rs 400 semalam. (Lebih kurang Rm35+).

Dua hari di sini diluangkan untuk bersantai dan meronda bandar yang banyak tinggalan sejarah. Muzium, istana raja-raja, gereja lama, masjid, synagogue, dan persisiran pantai. Suasana Fort Cochin agak berbeza dengan tempat lain, terkadang terasa berada di Melaka/Penang disebabkan banyaknya unsur Portugis.

Suami seronok dengan muzium maritime yang penuh dengan warheads sebenar- macam taman permainan untuk kaum lelaki. Haha.

Museum Maritime: Mr K di taman permainannya



Di keliling pekan, kelihatan nelayan Kochi masih menggunakan Chinese Fishing net, cara tradisional memukat ikan dengan jala gergasi (perlu ditarik oleh 4 orang lelaki, paling kurang). Kalau teringin makan hasil tangkapan laut, boleh terus beli dari nelayan yang juga boleh memasak. Sekeliling persisiran pantai penuh dengan gerai-gerai cenderamata.



Gambar besar: Chinese Fishing Net


Cumanya makanan di Fort Cochin agak mahal. Yalah, tempat pelancong.
Tapi kami sempat menikmati makan malam yang romantis di satu hotel mewah (sewa semalam mencecah RM1000+) dengan harga yang berpatutan. Kena pandai cari, baru boleh puas hati.

Untuk sesuatu yang berbeza, kami menyibuk di Dhobi Khanna (Dobi Street), melihat proses di tempatnya. Semuanya macam zaman dahulu kala, seterika arang batu, basuh baju secara manual (ditibainya kain basuhan dengan jeritan ala-ala karate). Semuanya lelaki. Berbual dengan seorang pendobi, katanya pihak ketiga (kedai dobi) akan menghantar pakaian yang dikumpul ke Dhobi Khanna. Boleh diagak upah yang diterima tak memadai dengan payah jerih mereka- tapi ada hostel usang disediakan untuk para pendobi yang kebanyakan warga emas.


Dhobi Khanna! (boleh tak seronok kat sini?)

Segalanya untuk baju yang bersih dan kemas

Seronok di Cochin, semua tempat nak singgah (termasuklah kilang halia dan herba ayurveda) kecuali synagogue di perkampungan yahudi. Sentimen, mungkin. Tapi sempat beli buku Shantaram di pekan yahudi tu. Kami dimaklumkan sekarang hanya 2 keluarga yahudi sahaja yang masih bermastautin, lebih kurang 12 orang; dan tiada kaum luar yang berkahwin dengan kaum tersebut yang berkulit putih.



Masjid yang berusia 200 tahun, beratapkan kuprum!

Esoknya kami ke Allapuzha a.k.a Aleppey, dan tuan punya hotel dah dapatkan satu kapal comel for two ;) Sambung lagi!

4 comments:

Nikeda 24 November 2009 at 14:35:00 GMT+8  

ala, mana gambar makan malam romantik?

alak,  24 November 2009 at 16:54:00 GMT+8  

semua pencuci dobi (dan peng'iron besi') adalah sebaya pakcik tua tuh?! kuat nye diorang! kite baru lipat kain sebakul dah sakit2 belakanG!

amicus curiae 24 November 2009 at 19:19:00 GMT+8  

encik mata biru:
salleh (pemandu autorickshaw) yang mencadangkan.

nicky:
romantik2 malas nak bawak kamera, tak muat beg..hahah.

alak:
semua lelaki, 80% warga emas. upah derang sikit je..tak sampai singgit pun selai baju. tp aku respek la, dorg nak juga cari rezeki halal..pdhal ramai muda2 kat sini, mengemis.

Post a Comment

Say something worth your salt

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP