Wednesday, September 30, 2009

Motorcycle Diaries

Agak lama aku tak kemaskini blog, terlalu banyak perlu diceritakan dalam rencana seharian, jadi makin banyak ketinggalan dateline yang aku cipta sendiri, makin lama makin tak terkejar jadinya.

Mr K sudah seminggu memulakan kuliah, dan sebagai peneman rasuah di kala bosan, dibelikan buku-buku dalam kadar yang banyak memandangkan harga buku yang murah. Contoh: buku P.G Wodehouse yang dijual sekitar 50rs (lebih kuran RM4.50).

Untuk minggu ini, tinggal lagi 3 buku untuk diratah-ratah enak (hint hint kepada Mr K haha). Algebra of Infinite Justice, Right ho Jeeves dan aku sedang membaca buku Che Guevera yang dikarang sebelum beliau menjadi sosok politik terkemuka dan ikon t-shirt terlaris; The Motorcycle Diaries.

Poin yang aku cuba sampaikan cuma satu sahaja: (dan cukup baiklah untuk aku mula berblog setelah blur sebulan dalam transisi dari seorang full fledged lawyer kepada seorang stay at home wife.)

Poinnya: aku tak perlu mengemaskini blog secepat suatu kejadian berlaku. Itu macam melaporkan berita. Apa-apalah. Yang penting, satu hari nanti, aku boleh baca kembali catatan aku yang 30, 40 tahun dahulu. Dan ketawa berdekah-dekah dengan ketotolan zaman muda. Bak cara Ernesto Guevara, aku cuma perlu terus menulis, walaupun perkara tu dah lama berlalu.

Terima Kasih Che, menjadi sumber inspirasi kesekian kalinya.

Read more...

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP