Trichy
Dah lima hari aku berada di Negara Ghandi.
Baru hari ni boleh update, keadaan jadi surirumah (ehem!) lebih sibuk dari bekerja.
Masa kerja dulu ada saja masa untuk update facebook blog sini sana.
Tapi hari ni aku wajibkan diri meng-update blog, sebab selain mak aku, yang lain aku tak sempat nak hubungi untuk beritahu keadaan aku di sini.
Alhamdulillah, kami sihat :)
29 Ogos
Aku tiba di Airport Thiruchirapalli, tengahari Sabtu, dalam satu queue yang sangat panjang.
Khabarnya wabak H1n1 baru sampai di India, dan semua yang datang dari luar diwajibkan diambil suhu badan, dan sesiapa yang suhu badannya tinggi akan terus diasingkan. Nampaknya pihak berwajib India mengambil langkah berjaga-jaga, tapi bukan nak buat perbandingan, sebab di India penduduk asalnya saja dah mencecah 1 billion, dan setiap saat ada seorang atau dua bayi lahir.
Sempat juga aku berbual dengan seorang penuntut falsafah keagamaan Hindu yang fasih berbahasa Melayu, rupanya macam Gregory House versi India. Katanya India ni macam Malaysia 50 years rewinded. Tapi realitinya teknologi India jauh lebih maju dari negara kita, mereka ada teknolgi nuklear sendiri (bukan cilok Rusia eh!).
Agak remeh juga urusan di airport Trichy (nama timangan/lain, sesuatu yang biasa di Tamil Nadu disebabkan nama asal panjang berjela nak sebut, kan Nik?) tapi dari jauh aku dah nampak kelibat suami dengan baju biru belang (senang aku nak cam katanya) hati jadi tenang.
Oleh kerana perjalanan seterusnya pada pagi keesokannya, kami terpaksa bermalam di hotel Trichy. Kami bermalam di hotel Railway Station. Ada cerita disebalik hotel ni.
Ceritanya Mr K yang tiba semalam awal untuk mejemput aku, booking hotel dah dibuat di hotel lain, tapi bila nak diambil kunci bilik, booking dicancel macam tu saja, terpaksalah Mr K cari hotel lain. Semua penuh.
Dalam kepenatan dan jam pukul 12 malam, Mr K hampir putus asa dan pulang ke Railway Station, berniat untuk tidur di siar kaki lima stesen keretapi, tapi nasib baik ada bilik kosong. Jauh lebih murah pulak (Rs 500) tu dari hotel lain (Rs 1400+) [lebih kurang RM 50, RM 140+)
Lepas meletakkan beg di bilik hotel Railway, kami berdua turun untuk bersiar-siar di pekan Trichy. Daerah di Tamil Nadu, yang kedudukannya paling selatan India, adalah tersangat panas. Tak jadi kami untuk berjalan kaki, sebenarnya aku yang excited untuk naik Auto (singkatan kepada Autotrickshaw) untuk keliling pekan dalam Rs 150.
muka aku yang excited dapat naik Auto
sebenarnya sangat horror- bayangkan teksi yang merempit
Rock Fort Temple -atas bukit nun
Tarikan di pekan Trichy, as you can see from above, adalah Rock fort Temple, yang dibina tinggi dan diukir tinggi 83m diatas gunung batu oleh Kaum Pallaves. Kami tidak masuk ke kuil tersebut kerana menghormati bulan Ramadhan. Untuk berbuka puasa, kami singgah di gerai buah (buah delima oh!) dan kedai arab untuk membeli shawrma kambing dan ayam tikka.
Rasanya satu coach ni ada 6 deck, yang setiap satunya ada 6 berths. Nasib kami baik sebab tak ramai penumpang, jadi boleh berpindah tempat sesuka hati.
Apa kami buat dalam train 18 jam? Apa lagi...catch up sleep, dan khatamkam PSP game (cis bukannya khatam Quran). Kadang-kadang boring sangat, kami melepak di tepi pintu keretapi. Agak gayat, terutama sekali bila bergayut tepi rail untuk menangkap gambar.
Alhamdulillah! serunding terbaik dan buah delima yang paling merah manis isinya! Bila keretapi berhenti, Mr K turun dan beli chapati dengan kari telur. Sangat sedap ok. Sampai boleh menangis! haha. Lapar punya pasal.
Kami tiba di Mangalore kurang 15 ke tengah malam. Untuk ke Manipal,kami menaiki teksi yang perjalanannya memakan masa 1 jam lebih. Agak menggerunkan sebab jalanraya di sini tiada lampu dan semua pemandu memasang lampu high-beam, dalam keadaan hujan ribut. Alhamdulillah kami tiba dengan tiada insiden.
31 Ogos - 3 September
Sejak tiba kami sibuk membeli-belah menyiapkan perkakas rumah, dan cuaca di Manipal berbeza dengan Trichy yang terik. Di sini masih musim hujan. Hujan lebat yang tiada guruh petir.
Malam ini kami akan bertolak ke Mysore, untuk advencer kami ke Selatan India selama 14 hari.
:) Doa kan ye? Read more...

