Sunday, November 29, 2009

Salam Eidul Adha

Dari kecil sampai besar, saya hanya pernah melihat korban disembelih untuk korban hari raya hanya sekali, iaitu sewaktu berada di kampung. Bukannya serik, seram atau ngeri, tapi cumanya tidak berkesempatan lagi (saya perempuan, jarang diajak ke tempat sembelihan korban).

Dari pengamatan saya, erti pengorbanan bukan setakat semasa putusnya nyawa dari leher yang dikorban, dan bukannya perasaan lega selepas korban berjaya dilakukan. Tapi pengorbanan yang sebenar bermula sebelumnya.

Ayahanda Nabi Ismail yang sudah tua bila menimang zuriat yang dinantikan berpuluh-puluh tahun. Sayangnya kepada Nabi Ismail tidak berbelah bagi. Tetapi korban tetap dijalankan, dan Nabi Ismail tidak merintih menghalang Nabi Ibrahim, sebaliknya memujuk ayahandanya untuk mentaati perintah Allah untuk mengorbankan dirinya sendiri. Dan pisau tetap dihayunkan. Cerita yang diulang berkali-kali setiap kali hari raya haji masih menyimpan hikmah yang bukan semua fahami.

Di Manipal, kami hanya mula menyambut Eidul Adha keesokan harinya. Sebabnya tidak cuti, dan suami masih bergelumang dengan peperiksaan praktikal. Beberapa pelajar mengorbankan kambing, dan perjalanan membawa haiwan korban ke rumah bagaikan menempah cabaran; dengan sekatan jalannya, (untuk memeriksa kenderaan tidak membawa haiwan korban dari lembu) sehinggalah bila rewang dijalankan di salah sebuah rumah pelajar, beberapa penduduk bertindak untuk 'bertandang' tanpa diundang dengan kayu panjang dan memeriksa rumah sehingga ke dalam bilik untuk daging lembu. Bila diperiksa tiada, melainkan daging kambing semata, malu menebal tetapi masih berkeras hati sehingga pasukan polis sampai, dan menasihatkan pelajar-pelajar untuk berpindah lokasi.

Alhamdulillah, ibadat korban selesai.

Dalam tazkirah sementara menunggu makanan dihidang, pemberi tazkirah mengaitkan kejadian yang dialami dengan makna sebenar korban. Alhamdulillah, Allah Maha Pelindung. Di negara Ghandi ini, ibadat korban agak sukar dijalankan tanpa gangguan, tapi sifat toleransi amat perlu diantara pihak, jadi saya puji sikap pelajar-pelajar yang berlembut hati sebagai tetamu di Negara Ghandi dan mengambil jalan untuk tidak membalas. Pandangan orang luar perlu dibetulkan dengan sifat lemah lembut peribadi muslim, seperti santunnya budi Nabi Muhammad s.a.w.

Saya fikir, alangkah bertuahnya kita kerana masih boleh memberi korban dalam nikmat sebenar iman. Selamat menyelami makna eidul adha. Eid Mubarak!

4 comments:

Maryam 29 November 2009 at 02:41:00 GMT+8  

sangat menarik! [berapa thumbs nak bagi ni? maksimum ajelah..]

alangkah benarnya, di mana pun muslim sebenarnya perlu berlembut... bukan berkeras... kalau keras dalam lembut? :)

apa pun, best lah pengalaman macam ni. mudahnya melakukan ibadah korban di kelantan terutamanya hingga terlupa ada lokaliti yang tidak membenarkan lembu disembelih.

Uswah 2 December 2009 at 15:39:00 GMT+8  

peh..seramnye.. orang2 kampung tu takut sgt org makan tuhan die ek? ahhaha

amicus curiae 25 December 2009 at 16:05:00 GMT+8  

WM:
kelantan sampai macam tu ye?

Uswah:
Bukan takut,tapi bongkak. Buat di kawasan tertutup, dan semuanya kambing. Majoriti penduduk asal dimana2 memang macam tu. Contohnya di Malaysia, sama je.

Pus:
tepat sekali!

Post a Comment

Say something worth your salt

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP