Tuesday, October 13, 2009

Mysore!

Mysore, bandar kedua terbesar di Karnataka selepas ibunegeri Bangalore, dengan populasi penduduk hampir 800,000 - 2 kali ganda jumlah penduduk Shah Alam.

Ianya dikenali dengan Bandar Diraja disebabkan jumlah istana yang terlalu banyak yang semuanya dibina indah. Ikut perancangan asal, kami singgah ke Mysore hanya untuk membeli tiket bas seterusnya ke Ooty. Tak sempat nak tengok semua, terutamanya Istana Utama yang lampu-lampu sebanyak 96,000 akan dibuka pada malam minggu.

Apa ada di Mysore?
Tapi aku sedikit teruja apabila disapa mesra oleh seorang pemandu Autorickshaw yang menawarkan "tour Mysore" ke tempat-tempat menarik dengan harga Rs. 250 (lebih kurang RM20) dari pagi hingga ke tengahari. Kebetulan bas seterusnya ke destinasi kami Ooty ialah pada pukul 2 petang.

Just nice.

Kami terus bersetuju selepas beberapa kali memastikan harga. Bukan apa, agak murah. Kami letakkan beg2 Everest kami di pejabat syarikat bas dan tempat pertama dituju ialah Bukit Chamundi.

Bukit ni dinamakan sempena dewi yang bunuh Mahahishura, satu kuasa jahat yang beraja di Mysore. Jadi bukit ini dikhaskan untuk memuja dewi tersebut, tapi kami lebih berminat dengan pandangan dari atas bukit Chanmundi, di atas 1000 m aras laut.

Dari atas nampak keseluruhan Bandar Mysore, termasuk istana-istana kerabat raja yang telah dirampas oleh kerajaan dan dijadikan hotel-hotel mewah, dewan perkahwinan untuk disewa dsbnya.

Atas puncak bukit, boleh agak, terdapat sebuah kuil untuk dewi tersebut dan deretan peniaga-peniaga kecil menyambut kami.Suasana dingin bukit mulai terasa. Di luar kawasan kuil, kelihatan berhala Mahahishura yang dibunuh dewi Chanmundi teguh dibina sekeliling round-about. Aku sedikit keliru, ingatkan dewi yang dijadikan berhala, tapi sebaliknya yang dibunuh yang diberhalakan.

1. kita nak naik sampai ke atas tu lah!
2. Dari jauh: Istana Lalitha yang kini dijadikan Hotel bertaraf Lima bintang
3. Mr K bersama Anand yang sedang bercerita -katanya Mysore ada 2 juta penduduk!

1. Mahahishura yang tewas berperang dengan dewi
2. penjual-penjual kalung bunga
3. ukiran di kuil

Kami turun bukit dan beberapa kali terserempak dengan pelancong Barat yang menapak naik ke atas puncak bukit dengan 1,001 anak tangga. Aku? jangan harap sebab tu kau gemok . Anand si pemandu Auto singgah sebentar di berhala Nandi yang berupa seekor lembu hitam, katanya merupakan kenderaan untuk dewa Shiva.

1. Patung Nandi - diukir beratus tahun dahulu
2. Bersama Anand, dia ada 2 orang anak yang belajar di universiti
3. Pasar di puncak bukit yang mengingatkan aku pada pasar di Kuil Borobudur, Indonesia.

Kami singgah sebentar di Tasik Karanji, (aku tak minat nak tengok binatang kat zoo Mysore, walaupun aku suuuuka binatang, tapi zoo akan membuatkan aku rasa sedih). Raja Mysore membina tasik ini 100 tahun yang dulu untuk kegunaan harian rakyat Mysore dan hanya pada tahun 1976 diambil alih oleh Zoo Mysore dan dijadikan taman berbayar.

Anand membawa kami ke Lalitha Mahal, yang kami dapat lihat dari atas bukit. Dahulunya milik sang putera kepada Sultan Tipu, kini dijadikan hotel mewah 5 bintang yang diuruskan kerajaan. Aku sempat menyelak buku panduan yang tidak merekemenkan hotel tersebut. Indah, tapi servisnya lembab, kenapa tidak diswastakan. Haha. Aku quote terus eh dari buku tu!

Untuk 5rs seorang, kami diajak masuk kedalam untuk menikmati Teh dan scones, tapi kami berpuasa.
1. Lalitha Mahal
2. Reflektif tengkorak -bukan tanda pokok beracun, tapi sebagai ganti lampu jalan raya


Kami meneruskan perjalanan ke gereja St Philomena, yang dibina pada tahun 1935. Reka bentuk gereja yang banyak dipengaruhi gereja neo Gothic, (aku tak paham kenapa budak2 melayu kita yang banyak ikut Gothic- dorang faham tak apebenda yang dorang ikut?) yang banyak di Itali. Aku tertarik dengan seorang budak kecil berkopiah yang menjual barangan gereja seperti salib, gambar-gambar kristian dsb diluar gereja. Wajahnya yang sedikit ketakutan untuk berhadapan dengan aku menyukarkan aku untuk ambil gambarnya.

1. Tasik Karanji yang tiada orang dan Mr K yang seronok naik lembu
2. Gereja Saint Philomena
3. Yang menarik perhatian: budak yang taknak pandang kamera, dan ice-cream warna warni dugaan untuk orang berpuasa :)

Dan benarlah, didalam setiap hati Muslim, ada masjid. Kami tersenyum apabila Anand memberhentikan kami di sebuah masjid hijau. Katanya ia adalah sebuah masjid lama yang berusia 100 tahun lebih. Katanya kebiasaanya wanita tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan masjid, walaupun untuk bersolat sebab wanita muslimah india selalunya hanya bersolat di rumah. Jadi hanya Khalis sahaja yang masuk ke perkarangan masjid sementara aku menunggunya untuk solat tahiyatul masjid.

Tak lama kemudian, Khalis memanggil aku masuk ke dalam, katanya orang masjid panggil dan memperkenalkan aku. Disuruhnya aku untuk mengambil gambar dalam masjid sambil bertaaruf dengan Khalis. Mereka gembira bila mengetahui kami pasangan yang telah berkahwin dan kami sedang berpuasa. Khalis diajak untuk solat Jumaat, tetapi kami terpaksa meneruskan perjalanan.

Masjid Hijau

Dan akhirnya Anand membawa kami ke Istana Utama Mysore, kediaman rasmi kerabat diraja Wodeyar, yang juga dibuka untuk orang ramai. Dikatakan akitek yang membina semula istana ini pada tahun 1912, diarah untuk mereka istana ini dengan pengaruh Hindu, Islam, Rajput dan juga Gothic. Istana yang agak besar ini penuh dengan pengunjung, terutama dengan penganut agama hindu yang mengujungi 2 kuil yang terletak di dalam Istana tersebut.

Mysore Palace

Kami akhirnya keletihan berjalan-jalan sekeliling istana, (baca: panas keliling istana yang luasnya macam 10 padang bolasepak tengahari buta) akhirnya memutuskan untuk naik kereta kuda kembali ke pejabat syarikat bas.



1. Naik kereta kuda!
2. Gerbang-gerbang kota yang banyak di Bandar Mysore


Seterusnya hari ketiga - Ooty!

11 comments:

shueyshoelove 15 October 2009 at 08:52:00 GMT+8  

af,superb gambar!boleh buat journal pengembaraan.

Nikeda 15 October 2009 at 09:01:00 GMT+8  

ahahaha... budak tu takut ko kidnap die kot... masjid ijau tu sgt cantik and ceria... n i agree wit shue.. nice pics...

~salwaredzuan~ 15 October 2009 at 09:11:00 GMT+8  

wehh cantik gila view...aku nak gak pegi jalan2 cm tu...jeles2,..haishhhhhh

Nikeda 15 October 2009 at 10:55:00 GMT+8  

nak request gmbr animals lebih byk boleh tak? hahaha

Uswah 16 October 2009 at 13:52:00 GMT+8  

akak kat sane cakap bahasa urdu ke bahase tamil?? dah bleh nyanyi kuch kuch hota hai dengan lancar ke? hehehe

amicus curiae 17 October 2009 at 03:50:00 GMT+8  

shuey:
thank you..still learning :)

nik:
aku rasa budak tu rasa guilty kot? sbb dia nampak another muslim seeing him selling those things...

oh ya..selain cattles, binatang2 tak lah dijaga dgn baik kat sini..

emon:
mai la..aku suka nak baca kalau kau gi jejalan,kau post blog :)

uswah:
saya cakap bahasa melayu ehehe.Btw, daerah manipal cakap dalam bahasa Kannada.Sampai skrg tak tgk lagi muvi/dengar lagu hindi...aiyaa

Uswah 17 October 2009 at 21:00:00 GMT+8  

apekah itu bahasa kannada?? lain dari bahasa tamil kah?

Anonymous,  19 October 2009 at 02:55:00 GMT+8  

Kak Af! I know u know but saja nak mention jugak... Che Nab pun dah kahwin dah...Rindu untuk bergossip dengan kamu wahai Kak Af... huhu~ T_T.
Saje wat anonymous sebab malu.Haha~ tapi saya yakin akak tahu siapa ni~

amicus curiae 20 October 2009 at 15:52:00 GMT+8  

uswah:
kannada ni salah satu bahasa2 kat india ni..bunyi dia lain dari tamil(kata kawan2 yg boleh cakap tamil)

anonymous:
eleh.ni mesti Koca. bucuk, ada hati nak anonymous. :) hahaha

Anonymous,  21 October 2009 at 01:36:00 GMT+8  

Alah, cemaner leh teka dgn mudah ni? Haishhh~ kantoi sungguh :P.
Bau saya sampai ke india ker?
Memang busuk sungguh. hahahah~
well,glad u havent changed walaupun dah sampai india. hahahahha~
Oklah, taking caring. Senang2, call la saya. Hahahah~

amicus curiae 22 October 2009 at 12:25:00 GMT+8  

Terima kasih Pak Karamu..senang2 datang lagi :)

Post a Comment

Say something worth your salt

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP