Friday, June 26, 2009

about a girl

yang bertudung merah: feveret nurse aka rakan2 karaoke beliau

Boleh ke aku tag dia, dia tag aku balik?

Ok2. Mari aku kenalkan korang pada adik kembar aku yang bernama Zakiah.

1. Dia seorang pegawai tentera berpangkat Captain
aku rasa lawak ah orang2 bawah dia kene tabik hentak2 kaki bila jumpa dia. Haha

2. Walaupun kitaorang rapat, tapi kami jauh berbeza.
Bak kata Fariz, kami ibarat langit dengan bumi bezanya. (Dan dia bumi, sambung Fariz lagi, sebab dia bulat hahaha). Seringkali kami terpaksa bersumpah dan menunjukkan IC untuk membuktikan kami adik beradik kandung. Tengok nama pun orang tak percaya. Aku A, Dia Z. Aku nama barat, dia nama kekampungan. Muahahaha (gelak evil)

3. Laughter is the best medicine
Dia sangat menghiburkan dan disayangi di mana-mana, kalau di tempat kerja, nurse2 dan pesakit2 pun sangat appreciate beliau yang seakan2 Doctor Adam Patch. Dan aku tau walaupun dia suka melawak, dia sangat dedicated dengan kerjanya. Tak pernah aku tengok doctor passionate sebegitu.

4.Manusia 120% Air.
Dia kuat minum air dan makan pon boleh tahan jugak bergelen-gelen sehari. Aku pernah cakap dengan dia kalau tong pun boleh pecah tapi dia buat bodoh je.

5. Perangai Bugis.
Nampaknya mengikut Bonda kami yang 100% bugis (nenda2 kami bugis), hanya Yah sahaja yang ikut perangai Bugis. Aku jeles jugak tapi hahaha aku tak dapat nafikan, walaupun aku tak tau apa itu "Perangai Bugis". Dia ni suka merantau, passionate, cita-cita tinggi, terlalu berani, tak peduli orang kata apa, ada sedikit cepat melenting, cepat memaafkan, pandai mengarah (hahahaha). Tapi dia comot. Hmm.

6. Al-Kitab Zakiah
Kami sekeluarga ada sediakan 100 perkara mengenai Yah dalam satu buku. Tapi terlalu personal untuk dimasukkan di blog untuk tatapan umum, pendekata Zakiah ni memang terlalu unik sehinggakan kami perlu untuk mencatat ke-unikan beliau.

7. Ahli 6 September.
Dia share birthday dengan kekanda kami Zainal. Ada beberapa gambarfoto yang menunjukkan kekanda kami yang sedang menyambut birthdaynya yang ke-5, dan aku yang waktu tu berusia 1 tahun sedang mencopet kek harijadi yang best tersebut (sebab Nal tak bagi orang sentuh kek dia)--pada hari yang samalah Zakiah dilahirkan. Mengikut riwayat dia pun nak sebok sambut birthday tersebut.

fakta: aku dikelilingi orang-orang 6 Sept. Bos aku dan anak perempuannya pun lahir tarikh yang sama.

8. Kereta Baru
Selama ini dia dikenali dengan kereta buruk aka Power rangers nya yang selalu meragam dan buat hal. Tapi semalam dia dapat kereta baru. Dia beli kereta yang simple, katanya mudah. Memang orang yang jimat.

9. Hati dia baik dan suka meraikan orang
Walaupun kadang2 dia agak menjengkilkan (esp terhadap Fariz) hahahaaaaaaaa..oh ye dia suka meraikan orang, kenduri kahwin kawan2 dia jarang miss walaupun sibuk. Honestly aku rasa dia antara insan yang membuat aku selesa dengan diri sendiri

10. Def-tone karaoke maniac.
Dia suka menyanyi dan terus menyanyi walaupun kami kutuk. Dia selalu terlupa lirik, dan menghentam sesukahati dan selalunya nyanyi out of tune. Aku kira dia pandai menghiburkan hati sendiri tapi tak peduli orang lain kata apa.

That's our Yah for you. =)

6 comments:

mr K 26 June 2009 at 14:50:00 GMT+8  

hahaha. 100% betul!

yah mmg menceriakan! tapi kalau korg gaduh mcm tak phm.. pastu ok balik. haha.

captain tu.. sungguh mancho!

Matatahahari 27 June 2009 at 09:54:00 GMT+8  

mane de macho
serabut ade aa

aaalaaaaa
nak ugak org ckp psl et.. :(
mau2

alak,  28 June 2009 at 17:09:00 GMT+8  

hehehe adik beradik yg sungguh harmoni bahkan comel pula! hahhaha siap buat buku ok.

wey seramnye dikerumuni org 6 sept?
hmm..why does it sound creepy to me.. (bukan org nye)

amicus curiae 30 June 2009 at 14:55:00 GMT+8  

mr k:
haha kesian abg confuse dgn huru hara keadaan rumah.hahaha,welcome to the family,dearest.

net:
ntah.manade macho.tak kena langsung dgn dia cartoon tu

alak:
yah mmg weird,kene buat buku pasal dia.

6 sept rallies around me..creepy, and they must come in pairs!

amicus curiae 6 July 2009 at 16:10:00 GMT+8  

:)

kutuk2 yah pun sweet ye?
hahaha

Post a Comment

Say something worth your salt

toi plus moi =)

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP